Coretan Perutusan Tuan Pengerusi

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته،
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله صلى الله عليه وسلم وبارك على آله وصحبه أجمعين،
Segala puji tertentu bagi ALLAH Subhanahu Wata'ala yang memiliki dan menguasai segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan bagi Nya (pula) segala puji di akhirat, dan Dialah saja Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mendalam pengetahuan Nya.
.
Saya juga menyeru kepada semua pihak yang terlibat dalam perancangan dan pembinaan masjid dan pusat ilmu ini dapat membantu memudahkan cara dalam apa jua usaha kelulusan, pembinaan dan sebagainya.Semoga dengan jasa baik yang telah kita usahakan akan mendapat ganjaran pahala yang paling besar dari Allah Subhanahu Wataala nanti.
.
Akhir kalam, Kami bermohon kepada-Mu YA ALLAH semoga mendapat rahmat bimbingan dan keberkatan dari Mu jua. Amin, Ya Rabul Alamin.
Institusi masjid bukan sekadar medan pengajian ilmu keagamaan semata-mata tetapi diperluaskan skop dan fungsi sebagai pusat perkembangan minda, pusat social masyarakat setempat, kegiatan ekonomi, kaunseling, data maklumat penduduk dan pelbagai fungsi lain lagi.
Wabillahi Taufik Wal Hidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Noor Azman B Abd Shukor
Pengerusi Biro Pembangunan Masjid Baru
Tabung Wakaf Masjid Al-Ittifaqiyah
“Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. Dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezki) dan kepada-Nya-lah kamu dikembalikan.”
Surah Al-Baqarah [2] : Ayat [245]




