SINOPSIS

Kompleks Masjid Al Ittifaqiyah Taman Sri Gombak

cadangan pembinaan kompleks masjid, utiliti serta dewan serbaguna bagi kegunaan penduduk dan komuniti taman sri gombak, selangor darul ehsan

 

TUJUAN

Cadangan pembinaan sebuah Kompleks Masjid, Utiliti serta Dewan Serbaguna bagi kegunaan Penduduk dan Komuniti Taman Sri Gombak, Selangor Darul Ehsan.

 

LATAR BELAKANG

  1. Taman Sri Gombak adalah sebuah penempatan yang dibina disebahagian dari Gombak, Mukim daerah Gombak, Selangor Darul Ehsan.
  2. Pembangunan Taman Sri Gombak melibatkan pembangunan rumah bercampur yang terdiri dari pangsapuri kos rendah hinggalah kepada lot-lot banglo. Disamping dilengkapi dengan kawasan industri, perniagaan dan prasarana pendidikan iaitu sekolah rendah dan menengah.
  3. Ia mempunyai 9 Fasa kediaman yang terdiri daripada pelbagai jenis kediaman. Dianggarkan pada masa ini terdapat 15 ribu unit kediaman dengan kepadatan penduduk melebihi 30 ribu orang dengan merangkumi 90 peratus penduduk Islam.
  4. Pihak Pemaju telah menyediakan satu kawasan seluas 3 ekar bagi tujuan tapak Kompleks Masjid / Tempat Ibadah, dan telah diwartakan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
  5. Bagi merealisasikan sebuah Kompleks Masjid, Utiliti serta Dewan Serbaguna bagi kegunaan penduduk dan komuniti Taman Sri Gombak, satu kumpulan Jawatankuasa Pembinaan dan Wakaf terdiri daripada Penduduk Taman Sri Gombak telah diwujudkan sebagai suara hasrat pembinaan tersebut.
  6. Menyuarat Khas Pemilihan JawatanKuasa Pembinaan Masjid Al-Ittifaqiyah, Selangor disempurnakan pada 27 Februari 2020, dan di pantau oleh wakil Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Hulu Langat serta Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

 

OBJEKTIF

  1. Untuk menyediakan keperluan berjemaah dan beribadah terutama Solat Juma’at yang selesa kepada orangramai penduduk Taman Sri Gombak.
  2. Menyediakan ruang majlis keraian dan seminar yang lebih luas dan selesa anjuran penduduk dan komuniti setempat, samada Kelab, Persatuan atau orang perseorangan.
  3. Menyediakan prasarana yang lebih sempurna khususnya aktiviti berjemaah, ibadah, riadah, majlis ilmu, dialog dan lain-lain aktiviti melibatkan penduduk serta komuniti setempat.
  4. Menyediakan ruang dan mengadakan kelas-kelas pengajian atau seminar yang lebih sempurna serta penganjuran program-program dikalangan jemaah termasuk remaja dan kanak-kanak sekolah di Taman tersebut.
  5. Menjadikan sebuah institusi kemasyarakatan dalam pembangunan insan dan simbol perpaduan yang mendokong kearah ketaqwaan, kemajuan dan keamanan Negara.

 

CADANGAN

Bahawasanya kami dengan ini berusaha mengumpul dana serta memohon sumbangan dana secara ‘Wakaf’ supaya cadangan bagi membina sebuah Masjid, Utiliti yang boleh menampung keseluruhan aktiviti komuniti dan kemasyarakatan bagi kegunaan penduduk Taman Sri Gombak dapat direalisasikan dan tersiapbina.

LOKASI

Cadangan pembangunan Kompleks Masjid, Utiliti serta Dewan Serbaguna tersebut ialah di sebuah tapak seluas 3 ekar di Lot , Mukim Gombak.

 

SPESIFIKASI & KONSEP

Cadangan Masjid dan Utiliti Masjid Al-Ittifaqiyah akan menjadi pusat aktiviti utama bagi seluruh jemaah penduduk dan komuniti taman ini.

Memandangkan ia adalah hub utama, maka konsep pembinaan perlu dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan berikut mengikut keperluan:

  1. Kapasiti ruang dewan solat utama dan ruang keseluruhan jemaah; 3000 jemaah atau lebih.
  2. Dewan Serbaguna dan Seminar.
  3. Ruang Pengurusan Jenazah.
  4. Bilik-bilik kuliah.
  5. Bilik Siaraya.
  6. Pusat Sumber.
  7. Bilik Pejabat dan Mesyuarat.
  8. Ruang Permainan Dalaman.
  9. Tandas Muslimin dan Muslimah.
  10. Kemudahan infrastruktur iaitu tempat letak kereta, pagar dan lampu kawasan.
  11. Rumah Kediaman Pegawai Masjid.
  12. Ruang Perniagaan.

Persekitaran yang masih terdapat perkampungan tradisional, maka pihak Jawatankuasa menitikberatkan ciri-ciri rekabentuk “Melayu Kotemporari” yang bersifat kekampungan sebagai asas ‘Konsep’ Pembinaan Kompleks Masjid Al-Ittifaqiyah ini.

 

ASAS PERTIMBANGAN PEMBINAAN

  1. Taman Sri Gombak mempunyai 9 Fasa kediaman yang terdiri daripada pelbagai jenis kediaman. Dianggarkan pada masa ini terdapat 15 ribu unit kediaman dengan kepadatan penduduk melebihi 30 ribu orang dan majoriti penduduk Islam.
  2. Pada masa ini, hampir keseluruhan penduduk menunaikan Solat Juma’at di Masjid Gombak, agak jauh dan menyukarkan.
  3. Bagi menampung keperluan jemaah Solat Juma’at, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah membenarkan beberapa surau di Bandar Tasik Kesuma ini sebagai Surau Juma’at. Walaubagaimanapun kepadatan penduduk yang sentiasa bertambah, surau-surau tersebut tidak dapat menampung jemaah Juma’at.
  4. Dewan Serbaguna; buat masa ini segala kegiatan penduduk dilaksanakan dengan kemudahan yang amat terhad serta tidak dapat disertai oleh keseluruhan penduduk. Walaupun terdapat dewan-dewan di lokasi berhampiran Bandar Tasik Kesuma dengan kadar sewa ‘komersial’, ini agak membebankan kepada keseluruhan penduduk.

 

PENUTUP

Dengan adanya sebuah Kompleks Masjid, Utiliti serta Dewan Serbaguna dan Seminar yang lengkap, aktiviti-aktiviti komuniti dan kemasyarakatan, berjemaah, ibadah serta riadah dapat dilaksanakan penduduk Bandar Tasik Kesuma ini dengan lebih terancang, teratur dan selasa.

Begitu juga aktiviti-aktiviti pembentukan insan. Program kanak-kanak dan remaja dapat dirancang agar dapat melahirkan generasi yang bertaqwa, berwawasan, berpengetahuan, cergas dan berdaya saing.

Dengan aktiviti-aktiviti berjemaah dan kemasyarakatan yang akan dijalankan akan membantu meningkatkan ketaqwaan, kesedaran dan kejayaan perlaksanaan NKRA Negara.


Tabung Wakaf Masjid Al-Ittifaqiyah

“Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. Dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezki) dan kepada-Nya-lah kamu dikembalikan.”

Surah Al-Baqarah [2] : Ayat [245]


Infaq online Sekarang

Pautan Luar