GALERI PROGRESS


2025

TERKINI
- Kerja-kerja mengikat bata untuk bilik jenazah, tandas, pejabat dan mihrab
2/8/2025
- RC column (tiang konkrit bertetulang) dan RC beam (palang konkrit bertetulang) yang membentuk rangka utama bangunan masjid. Scaffolding (perancah) digunakan sebagai sokongan sementara untuk kerja-kerja konkrit dan pemasangan formwork.
- Binaan dinding bata merah sedang dijalankan sebagai infill wall, bukan RC wall.
- Lantai yang kelihatan masih dalam keadaan konkrit kasar tanpa kemasan akhir, dan bukan slab lantai baru dibina.

Pembinaan slab di bangunan utama masjid
31/5/2025 - Rasuk (beam) ialah elemen mendatar yang memindahkan beban dari slab dan dinding ke kolum.

Tapak pembinaan masjid kini berada pada fasa struktur utama, di mana kerja-kerja pembinaan tiang konkrit dan rasuk telah disiapkan sepenuhnya. Perancah logam masih dipasang bagi menyokong struktur slab bumbung yang sedang dibentuk, manakala bahan binaan seperti papan acuan dan kayu disusun di sekitar kawasan kerja. Aktiviti di tapak menunjukkan kemajuan yang tersusun dan teratur, dengan kerja-kerja pembinaan diteruskan mengikut perancangan.
9/5/2025 - Rasuk (beam) ialah elemen mendatar yang memindahkan beban dari slab dan dinding ke kolum.

Proses pembinaan:
Formwork: Dibina untuk menampung konkrit semasa tuangan.
Tetulang: Besi tetulang dipasang mengikut lukisan struktur untuk memastikan kekuatan lenturan dan ricih.
Tuang konkrit: Dituang dalam satu masa dengan alat getar digunakan untuk mengurangkan gelembung udara.
Kolum atau tiang adalah elemen tegak (vertikal) utama yang memindahkan beban dari rasuk dan slab ke asas bangunan.
Proses pembinaan kolum/tangga:
- Pemasangan Acuan (Formwork): Acuan biasanya diperbuat daripada kayu plywood atau besi (steel formwork) yang dibina mengikut saiz dan bentuk tiang yang telah ditentukan dalam pelan struktur.

- Pemasangan Tetulang (Rebar): Tetulang besi dipotong dan dibengkokkan mengikut spesifikasi. Ia dipasang di dalam acuan sebagai rangka sokongan bagi konkrit.

- Menuang Konkrit (Concreting): Konkrit bertetulang dituang ke dalam acuan secara berperingkat untuk mengelakkan 'honeycomb' atau rongga udara. Alat penggetar (vibrator) digunakan untuk padatkan konkrit.

2024

Kerja pemasangan besi lantai grounding pada dewan utama

30/10/2024 - Kerja akhir untuk menyediakan ground beam, slap dan RC wall


RC wall (dinding konkrit bertetulang) dan slab lantai (lapisan konkrit lantai bertetulang) adalah komponen penting dalam pembinaan masjid. RC wall memberikan kekuatan, kestabilan, dan keupayaan menahan beban lateral, manakala slab lantai memastikan sokongan beban dari lantai dan peralatan, sambil menyediakan permukaan rata untuk kegunaan dalam bangunan. Kedua-duanya memastikan keselamatan, ketahanan, dan kestabilan struktur masjid


- 18/9/2024 : Membina RC wall dan ground beam


- Kerja Piling: Piling dilakukan untuk memberikan sokongan yang kukuh kepada struktur bangunan. Ini termasuk penggunaan tiang konkrit atau besi yang ditanam ke dalam tanah untuk menanggung beban bangunan

- Penggalian Tapak Asas: Penggalian dilakukan mengikut ukuran dan kedalaman yang ditentukan dalam pelan asas

- Pemasangan Tapak Asas (Foundation): Pemasangan tapak asas termasuk penuangan konkrit untuk membentuk asas yang kukuh. Besi tetulang (rebar) digunakan untuk memperkuat struktur konkrit.
- Pecah Tanah (Groundbreaking): Upacara rasmi untuk menandakan permulaan pembinaan. Jentera berat akan digunakan untuk membersihkan tapak daripada sebarang halangan seperti pokok, batu, dan struktur lama

- Meratakan Tapak (Site Grading): Pastikan tapak pembinaan diratakan mengikut pelan yang telah dirancang. Ini termasuk kerja penggalian dan pengisian tanah.
- Majlis penyerahan tapak prmbinaan masjid kepada kontraktor pada 30/4/2024
- Perjumpaan dan taklimat bersama penduduk utk keselamatan semasa projek berjalan
-Mesyuarat pre prmbinaan di pejabat ICU Shah Alam

2023

2022



Tabung Wakaf Masjid Al-Ittifaqiyah

“Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. Dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezki) dan kepada-Nya-lah kamu dikembalikan.”

Surah Al-Baqarah [2] : Ayat [245]


Infaq online Sekarang

Pautan Luar