
Tentang Masjid Al-Ittifaqiyah
Bangunan masjid yang terletak di Jalan SG 1/26, Taman Seri Gombak ini dibina pada tahun 1983 merupakan masjid yang pertama dibina di Taman Seri Gombak yang pada asalnya dibina untuk jemaah penduduk sekitar Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3, Fasa 4 Taman Seri Gombak.
Masjid yang dibina menggunakan batu bata konkrit,berdinding kayu dan beratapkan zink. Masjid ini mempunyai satu aras ruang solat yang dilengkapi dengan permaidani dan kipas angin dan kini mempunyai aircond di ruang solat untuk keselesaan para jemaah mengerjakan ibadah..
Berita Terkini
Tabung Wakaf Masjid Al-Ittifaqiyah
“Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. Dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezki) dan kepada-Nya-lah kamu dikembalikan.”
Surah Al-Baqarah [2] : Ayat [245]








